Sunday, 29 May 2016


SAP SUPPORT 

ARCHITECTURE

ARCHITECTURE

Design yang mudah digunakan , selesa pada si pemakai . mengambil konsep mudah . kami memikirkan kepuasan dan keselesaan pelanggan bagi memastikan kami dapat membantu lebih ramai orang.

TAHAN LASAK

Dengan menggunakan material khas diimport dari korea , penggunaan SBR(styrene butadine rubber) menjadikan kami mampu bersaing dengan produk global dari segi ketahanan bahan dan kualiti setanding dengan jenama pelopor lain.

JAMINAN KUALITI

Berbeza bagi jenama hebat yang lain , kami mengambil pendekatan “kepuasan pengguna no.1” memberikan kelebihan jaminan dari segi material dan ketahanan selama 30 hari . selain itu kami juga akan memberi refund dalam tempoh 3 hari jika ia tidak membantu pengguna kami.



Tips Menjaga Tulang Belakang

Mari kita sama-sama menghayati Tips menjaga tulang belakang ketika angkat beban:

1. Ketika akan mengangkat barang dari lantai, bengkok lutut Anda, dan jangan membongkok ketika mengangkatnya, kerana hal ini boleh menyakiti dan membebani tulang belakang Anda. Usahakan untuk menjaga tulang belakang tetap lurus. Setelah itu, bengkok kaki Anda untuk membuat diri Anda sejajar dengan barang tersebut. Kemudian angkat barang tersebut dekat dengan tubuh, lalu perlahan mulai berdiri kembali. 
2. Begitu pula ketika anda akan meletakkan barang berat ke tempat yang posisinya diatas kepala Anda, usahakan jangan mengangkat barang tersebut lebih tinggi dari pada bahu Anda. Jika Anda menyimpan barang berat ditempat yang tinggi, gunakan tangga atau kerusi. Mengangkat beban berat diatas batas bahu boleh menyebabkan tulang belakang mendapat tekanan yang sangat tinggi.
3. Ganti posisi sesering mungkin jika Anda harus berdiri dalam waktu lama. Jangan membungkuk, tetapi berdirilah dengan posisi tubuh dan kepala tegak. 
4. Berjalanlah dengan tegak, kepala menatap kedepan, dan posisi punggung dalam keadaan lurus. Untuk keselesaan Anda, gunakan kasut yang bertapak rendah dan tipis. Anda juga boleh menggunakan kasut yang tapaknya direka khas untuk menampung beban badan. 
5.Ketika didalam kereta, duduklah dengan posisi tegak, majukanlah tempat duduk agar kaki anda lebih dekat dengan pedal. Usahakan kedua lutut anda sejajar dengan pinggul. 
6.Jika Anda duduk didepan komputer atau televisyen dengan durasi yang panjang, pastikan paha anda sejajar dengan sofa, jangan sampai posisi kaki Anda membengkok terlalu tinggi dari paha. Hindari juga kaki Anda menggantung jauh dari lantai. 
7. Saat tidur, manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi selesanya masing-masing. Namun untuk menjaga agar tulang belakang tetap baik, pastikan permukaan tempat tidur Anda keras dan rata. Hindari pula posisi tidur meniarap. Usahakan menjauhkan tidur di tempat lunak seperti sofa, kerana hal tersebut tidak dapat menyokong punggung.




Monday, 2 May 2016

Isu di dalam sesebuah kekeluargaan masyarakat kini .




Fenomena semasa dan trend dalam masyarakat semakin mencabar keutuhan institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Ia secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri. Perubahan konteks dan susunan masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga. Pola dan jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks. Di Malaysia, kerapuhan & kepincangan institusi keluarga semakin bertambah & membimbangkan.

 Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat di mana setiap ahli keluarga menjalankan peranan dan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab bersama, demi untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian keluarga. Setiap ahli keluarga saling berinteraksi dan bergantung sesama sendiri dan dengan ahli masyarakat yang lain.Keluarga Asas  merupakan unit keluarga yang paling kecil dan asas. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak. Lazimnya adalah bersaiz kecil sebagai penyambung tradisi dan budaya bagi generasi akan datang

Pelbagai isu dapat dilihat dalam situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar dalam proses pembinaan sesebuah keluarga dan Negara khususnya. Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Seramai 12,300 suami ingkar membayar nafkah kepada isteri (berita Harian, 20 Mac 2010). Di dalam agama Islam suami dituntut memberi nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup isteri dan anakanak dibawah tanggungan mereka. Dalam Alquran jelas menunjukkan bahawa suami wajib memberi nafkah seperti dalam surah An-Nisa’ ayat 34, Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri telah menyerahkan dirinya untuk suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta dan isteri mengikut/tinggal ditempat/kediaman yang dipilih suami.

Di dalam kes penceraian ini terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kes ini berlaku. Antaranya ialah Tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan. Tahap kefahaman agama berhubung dengan kehidupan suami isteri kurang atau keluar dari tuntutan Islam yang sebenar (kesan kepada nilai dan personaliti). Pengurusan ekonomi rumahtangga tidak ikut lunas yang betul. Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam spt minum arak, judi, berzina dan lain-lain. Pengurusan hubungan dan komunikasi pasangan & keluarga tidak lancar. Tidak ambil berat tentang kesihatan, pendidikan, dan keperluan emosi dalam keluarga. Menghadapai masalah peribadi yang tidak boleh dikongsi bersama pasangan spt emosional, cemburu buta, mendera, & pentingkan perasaan sendiri.

 Keperluan hidup bersama orang lain (pasangannya). Individu hidup dengan orang lain untuk mendapat kegembiraan, memperolehi pertolongan, menjalinkan keakraban, berbagi keintiman seksual, mendapat pujian dan lain-lain . Masih mendapat perhatian orang lain, menguji pasaran, mudah terpikat dan tidak segan melayan orang lain.Masalah poligami juga merupakan isu yang sangat hangat diperkatakan. Boleh dikatakan keseluruhan golongan wanita tidak dapat menerima konsep poligami dalam kehidupan mereka berkeluarga. Suami yang ingin berpoligami semestinya menghadapi msaslah yang rumit untuk memenehui keperluan mereka terutamanya yang kurang berkemampu untuk berpoligami. 

Dalam konteks Islam, poligami satu keharusan seperti mana dalam Alquran menyatakan poligami satu keharusan bersyarat dalam Islam (Surah An-Nisa’ : 3). Poligami mempunyai syarat-syarat tertentu seperti kemampuan dalam soal nafkah zahir (makan minum, pakaian, kediaman) dan nafkah batin (kasih sayang & hubungan kelamin). Konsep keadilan seperti menyediakan tempat kediaman, giliran bermalam, dan giliran bermusafir.

Isu sumbang mahran juga merupakan factor penting yang mempengaruhi keruntuhan institusi keluarga. Ia ikenali juga dengan istilah inses iaitu perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian atau nasad (keturunan) dengan mangsa. Hubungan jenis antara mereka yang ada tali  persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama. Faktor yang mendorong berlakunya sumbang mahran ialah Kegagalan isteri memenuhi kehendak suami, tahap iman yang lemah, pengaruh bahan lucah, tidak menjaga batas pergaulan antara ahli keluarga, keruntuhan institusi keluarga atau perkahwinan dan pakaian tidak menutup aurat .

Isu seterusnya ialah isu anak tidak sah taraf atau anak luar nikah yang semakin bertambah berlaku dinegara ini. Anak tidak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al zina yang bermaksud anak zina atau luar nikah. Para Fuqaha’ berpendapat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah. 

Isu keibubapaan juga merupakan isu yang sangat penting dan banyak cabarannya serta perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Rata-rata hasil penyelidikan berkaitan dengan keruntuhan moral dan gejala sosial sejak tahun 1980 an hingga kini membuktikan bahawa faktor utama keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial berpunca daripada krisis keluarga. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan amanah, tugas, dan tanggungjawab masing-masing menjadi titik tolak keruntuhan institusi kekeluargaan.

Kesimpulannya ialah kaunseling keluarga sangat penting perlu diberikan penekanan dalam usaha pihak tertentu untuk menangani atau mencegah isu-isu yang berkaitan dengan keluarga dapat dikurangkan dalam masyarakat bekeluarga khususnya dan amnya pada sesebuah Negara. Memandangkan isu dan masalah keluarga telah meningkat setiap masa walaupun beberapa aktiviti dan program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi mencegah dan mengurangkan permasalahan dalam sesebuah keluarga dan sekaligus meningkatkan kualiti keluarga maka perkhidmatan kaunseling keluarga sangat penting harus diberi perhatian oleh semua pihak


Penurunan Nilai Ringgit



Nilai sesuatu matawang biasanya diukur dengan perbandingan dengan nilai matawang asing. Kebiasaannya nilai kebanyakan matawang dunia dibandingkan dengan dollar Amerika. Alasannya ialah dollar Amerika digunakan dengan meluas untuk perdagangan antarabangsa dan juga untuk memudahkan perbanding antara lain-lain matawang. Nilai tersebut dipanggil kadar pertukaran. Contohnya, nilai tukaran ringgit berbanding dollar Amerika, bermakna nilai ringgit untuk membeli satu dollar Amerika. Jika kadar pertukartan meningkat, bermakna ringgit mengalami susutan nilai berbanding dengan dollar Amerika kerana lebih banyak wang diperlukan untuk membeli dollar, dan sebaliknya.

Kadar pertukaran antara ringgit dan dollar Amerika bergantung kepada kedua-dua nilai ringgit dan dollar. Setiap matawang mempunyai nilai kerana disamping berfungsi sebagai media pertukaran, ianya juga digunakan sebagai penyimpan nilai. Sebagai media pertukaran, matawang cuma menjadi perantara untuk memudahkan tukaran barangan berbanding dengan perdagangan tukar barang. Namun demikian, fungsi matawang sebagai penyimpan nilai menyebabkan ianya menjadi suatu asset

Untuk penjelasan yang mudah, katakan emas dan perak berfungsi sebagai dua matawang. Kedua-dua emas dan perak mempunyai nilai tersendiri yang bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Kadar pertukaran antara emas dan perak adalah tidak lain dari berat perak dan berat emas yang setimpal dengan nilai masing-masing. Iaitu, berapa gram perakkah yang diperlukan yang nilainya bersamaan dengan 100 gram emas, misalnya. Dengan pemahaman konsep asas kadar pertukaran matawang ini, maka kita berkemampuan untuk meneliti punca-punca kejatuhan nilai ringgit sejak akhir-akhir ini. 

.Nilai sesuatu matawang ditentukan oleh keadaan permintaan dan penawarannya di dalam pasaran, sama seperti barangan lain. Permintaan untuk ringgit adalah merupakan permintaan terbitan. Ianya terbit dari kegunaan ringgit samaada untuk transaksi atau untuk fungsinya sebagai aset. Sebagai transaksi ringgit digunakan untuk media pertukaran. Sekiranya permintaan terhadap eksport dari Malaysia meningkat, pengimport dari negara yang mengimport memerlukan ringgit untuk membuat bayaran. Kesannya nilai ringgit akan meningkat jika penawaran ringgit di dalam pasaran tidak berubah, dan sebaliknya.

Manakala pelaburan jangka pendek adalah bermotifkan spekulasi yang mensasarkan keuntungan segera hasil dari pergerakan kadar faedah dan juga turun naiknya pasaran saham. Jika kadar faedah di Malaysia tinggi berbanding dengan negara asing, maka pelabur jangka pendek akan melaburkan modal jangka pendek mereka di Malaysia. Maka permintaan untuk ringgit meningkat. Begitu juga dengan pasaran saham, apabila nilai saham di Bursa Saham Kuala Lumpur menigkat, pelababur spekulatif akan meminta ringgit untuk tujuan pelaburan mereka.

 Di samping itu, Bank Negara Malaysia akan menggunakan rizab antarabangsa untuk menstabilkan nilai ringgit di dalam julat tertentu. Jika Bank Negara mengurangkankan rizab antarabangsa, bermakna jumlah ringgit di dalam pasaran akan berkurang. Ini kerana Bank Negara “membeli” ringgit dengan rizab antarabangsa, yang biasanya terdiri dari dollar Amerika. Jika keadaan demikian berlaku beserta dengan permintaan yang stabil, nilai ringgit akan meningkat berbanding dengan dollar Amerika kerana penawaran ringgit oleh Bank Negara di dalam pasaran berkurangan. Sebaliknya, Bank Negara meningkatkan nilai rizab antarabangsa dengan meningkatkan penawaran ringgit di dalam edaran, iaitu dengan “menjual” ringgit dan “membeli” dollar.

Keadaan penawaran dan permintaan yang dijelaskan di atas adalah faktor biasa yang mempengaruhi turun naiknya nilai matawang di dalam pasaran untuk jangka pendek. Dalam pada itu, terdapat lagi satu faktor spekulatif yang mempengaruhi nilai ringgit untuk jangka masa pendek. Oleh kerana ringgit merupakan suatu aset, maka ianya diniagakan sama seperti barangan fizikal yang lain.

 Kesemua faktor-faktor yang dibentangkan di atas mempengaruhi nilai ringgit untuk jangka pendek. Namun demikian kenaik-turunannya cuma berkisar di atas arah aliran (trend) jangka panjang. Apa yang lebih penting adalah suatu nilai yang stabil untuk jangka panjang. Kestabilan nilai ringgit adalah bergantung kepada asas ekonomi yang kukuh. Untuk mendapat suatu asas ekonomi yang kukuh, keupayaan pengeluaran di dalam ekonomi mestilah ditingkatkan. Ini boleh dicapai melalui peningkatan modal, sama ada modal fizikal mahu pun modal insan, dan peningkatan teknologi.

kesan media sosial di kalangan masyarakat sekarang




Dewasa ini kedapatan pembangunan teknologi matlumat yang sangat pesat seiring dengan pembangunan masyarakat sejagat serata dunia. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari terdapat pelbagai ciptaan baru hasil dari inovasi teknologi.

Tidak dinafi kan teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Pembangunan yang sangat drastik ini dalam tempoh masa lebih kurang sejak 5 tahun yang lepas menyebabkan perubahan cara hidup kita seharian, samada dari segi kerjaya atau peribadi. Zaman sekarang kebanyakkan masyarakat lebih mementingkan telefon bimbit kerana bagi mereka ia adalah sebahagian daripada nyawa mereka sendiri . 

Lihat sahaja ketika menunggu keretapi atau LRT, ketika beratur di kaunter-kaunter, ketika menunggu giliran untuk membeli makanan, hatta ketika duduk di meja makan dengan kaum keluarga dan sanak saudara sekalipun, tangan kita tidak lepas daripada memegang smartphone dan mata kita tidak lepas daripada membaca berita terbaru di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Benar, tidak semua daripada kita mengalami masalah ini namun boleh dikatakan secara umum ianya adalah panaroma yang tidak asing lagi bagi kita. 

Tidak dinafi kan, perkembangan media-media sosial ini memberi banyak kebaikan kepada masyarakat, terutamanya dalam menyampaikan berita-berita terkini. Pada zaman ini, segalanya berada di hujung jari. Kita tidak lagi perlu menunggu berita Jam 8 di televisyen kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang menyiarkan berita-berita menyayat hati telah begitu pantas dapat dicapai oleh segenap lapisan manusia di media sosial. Berita berkaitan perlawanan bola sepak piala dunia baru-baru ini mencatat penggunaan terbanyak di facebook. Begitu juga penggunaan whatsapp misalnya telah dapat dikongsi bersama dalam sekelip mata bagi menyampaikan berita, gambar dan sebagainya.

Di United Kingdom, badan kerajaan seperti National Health Service (NHS) contohnya, ada menyediakan kemudahan di media-media sosial dalam mendekati para pengguna. Cara ini adalah sangat penting terutamanya dalam memberikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam melahirkan generasi yang lebih peka kesihatan ‘health conscious’ dan masyarakat yang mengambil cakna terhadap gaya hidup yang sihat. Melalui platform ini juga, NHS lebih mampu melibatkan diri dalam memahami permasalahan pengguna atau pesakit, sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk terus menambah baik perkhidmatan servis kepada orang ramai. Terdapat banyak lagi kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada penggunaan media-media sosial. Walau bagaimanapun, kesan-kesan yang kurang baik atau negatif perlu diambil perhatian yang serius supaya langkah pencegahan awal boleh diambil dalam melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan mempunyai sikap dan mentaliti yang baik

Kesan buruk yang paling ketara dalam penggunaan media sosial yang berlebihan adalah masalah ketagihan. Dengan lambakan media sosial yang berleluasa, masyarakat kini terutamanya golongan muda menjadi lebih kompulsif dalam menjebakkan diri dalam komuniti sosial di alam maya dengan berkongsi segala perkara peribadi mereka di medan sosial. Hari ini kita dapat kenal pasti berapa ramai anak muda yang lebih berminat untuk merakam dan berkongsi video di alam maya (vlogging) berkenaan aktiviti harian mereka. Ini secara tidak langsung telah melahirkan generasi yang lebih mementingkan diri sendiri dan kurang mengambil berat dan kurang sensitif dengan orang sekeliling. Mereka lebih selesa menghadap smartphone atau komputer riba melayari medan-medan sosial daripada berinteraksi dengan orang sekeliling.

Antara kesan buruk lain akibat daripada penggunaan media sosial yang berlebihan adalah masalah komunikasi yang kian membimbangkan, terutamanya di kalangan golongan muda. Apabila mereka lebih selesa berkomunikasi di alam maya, kemahiran berkomunikasi di alam realiti tidak lagi menjadi perkara penting seterusnya melahirkan masyarakat yang anti-sosial. Beberapa kajian juga menunjukkan lebih ramai individu yang memperlihatkan komunikasi yang tidak sopan di alam maya dan medan sosial. “Common sense is no longer common”. Bukan sahaja itu, cara penulisan yang tidak komprehensif hasil penggunaan bahasa ringkas dan akronim telah membantutkan cara komunikasi yang berkesan. Penggunaan emotikon yang ekstensif juga telah melahirkan golongan yang tidak lagi tahu cara mengekspresi diri yang sebenar

Hasil daripada kesan-kesan negatif di atas, kita dapati juga institusi keluarga kian runtuh di kalangan masyarakat zaman ini, tidak kira di barat atau timur. Hubungan suami isteri kian merenggang kerana suami / isteri lebih selesa menghabiskan masa dengan kawan-kawan di medan sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab masingmasing di rumah. Anak-anak remaja juga lebih suka menyendiri di dalam bilik melayari medan-medan sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan yang kononnya lebih memahami kehendak mereka, berbanding ibu bapa sendiri. Kurangnya komunikasi sesama ahli keluarga sekaligus telah menyebabkan kemusnahan institusi keluarga yang akhirnya melahirkan masyarakat yang tidak sihat dan tidak produktif.

Sememangnya, tidak dapat dinafi kan bahawa laman web media sosial sebegini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui facebook misalnya, namun begitu keburukannya juga berlaku kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Lamanlaman media sosial sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadikan remaja misalnya sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambargambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber dan juga keburukankeburukan lain seperti yang telah dibincangkan. Oleh itu kita seharusnya sentiasa berwaspada. Setiap daripada kita harus sedar terhadap tanggungjawab sosial kita yang sebenar dan sentiasa berhati-hati menghadapai segala bentuk cabaran dunia media sosial.

Friday, 11 March 2016

Kemasukan 1.5 Juta Bangladeshi

Kebelakangan ini isu kelulusan untuk membawa masuk warga Bangladesh ke Malaysia semakin menjadi-jadi. Tapi musykil jugak  dalam isu ni. Kenapa di saat ramai belia dan pekerja di dalam negara kita ni diberhentikan kerja tapi dalam masa yang sama, kita nak bawa masuk warga Bangladesh pula. Dah lah bukan sikit, 1.5 juta bukan nombor yang kecil.

Jika kita dalami dengan akal waras kita dan buang isu politik, buang isu perkauman... korang rasa logik ke tindakan Zahid Hamidi buat macam tu?. Dalam masa ramai belia kena buang kerja melalui pakej VSS la, retrenchment la kita nak bawak masuk tambahan 1.5 juta warga Bangladesh? Berikut adalah screenshot ulasan balas dari Abdul Aziz Isa, salah seorang aktivis politik terhadap komen anak TPM berkaitan isu in

 

 


Saya pun kadang-kadang tu geram jugak dengan komen-komen orang-orang besar negara kita. Lebih-lebih lagi bila keluar komen yang tak munasabah dan jauh daripada logik akal. Kadang-kadang ada juga terluah perasaan pada ruangan komen kat laman Facebook tu.

Aku lebih suka rakyat indonesia masuk kerja di malaysia daripada bangla... kerana bangla diam2 ubi berisi.. bangla nie gangguan seksual mereka sangat berleluasa dan berani mengacau anak bini orang, kalau rakyat indonesia sifat budi pekerti mereka masih ada,dan masih hormat masyarakat sekeliling.. bangla nie datang saja di malaysia terus saja mahu mengganggu kehidupan rakyat malaysia.. tabiat asal negara mereka di bawa di sini

Atas ini merupakan salah satu komen netizen di bawah posting tersebut. Teringat pulak kes Genji Buskers yang membelasah lelaki Nepali kerana meraba wife dia.

Teringat Zahid Hamidi pernah cakap pekerja Bangladesh lebih setia dan lebih dipercayai berbanding pekerja tempatan. Kenyataan ini tak ubah seakan dia nak cakap pekerja tempatan suka menipu. Suka  ingatkan, terma pekerja termasuk juga menteri. Ini kerana seorang menteri bekerja untuk rakyat.

Menteri Malaysia bekerja untuk rakyat Malaysia, bukan untuk rakyat Bangladesh! Ironi kenyataan Zahid tersebut kerana membawa maksud menteri tempatan juga tidak setia dan tak boleh dipercayai. Kenapa tak import je menteri Bangladesh?

Pihak atasan perlu fikir kehadapan bukan hanya fikir untuk dalam masa yang singkat . Terutamnya kami yang sedang belajar di dalam negara Malaysia . Adakah kami perlu bersaing dengan bangsa luar untuk bekerja ? Nak kata kami rakyat Malaysia malas ? memilih kerja ? Itu bukan isu lagi zaman sekarang semua kena belajar dan bermula dari bawah . Nukan masa untuk memilih kerja tapi fikir untuk hidup dalam zama ekonomi sekarang . 


sharing is caring :)