Friday, 11 March 2016

gaya HIPSTER bagi muslimah .

Asslamualaikum , zaman sekarang fesyen sgat digemari dan peredarannya sgat cepat sehingga kita tidak dapat untuk dikejar .Pelbagai gaya fesyen yang muncul berjaya meledakkan arus fesyen tanah air dan angin ketaksuban gaya tersebut turut terkena tempias kepada fesyen Muslimah yang menitikberatkan penjagaan aurat mereka. Ada diantarannya ialah fesyen muslimah yang bertemakan HIPSTER .






Sejauh mana penerimaan fesyen ini diantara kalangan remaja . Ya ini merupakan salah satu fesyen yang sangat digemari oleh golongan remaja. Mereka lebih cenderung untuk mengikut fesyen terkini . 

Siapa kata gadis Muslimah tidak tahu tentang fesyen? Jika diperhati, mereka gemar mengikuti trend fesyen terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi ikutan gadis-gadis ini dan menjadi alternatif bagi yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh berketerampilan untuk apa sahaja tujuan, masa dan tempat.

mereka berpendapat bahawa golongan ini lebih mementinkan keselesaan dan ringkas terutamanya ketika mereka ingin keluar ke kelas atau bersama kekawan . Kewujudan jenama Naive Malaysia (Naive), memberi pilihan kepada golongan ini untuk mendapatkan rekaan yang santai tetapi mampu membuatkan mereka kelihatan lebih bergaya dan menyuntik keyakinan dalam diri melalui koleksi rekaan terbaharu dan segar .


Dalam memperkatakan sesuatu tentang fesyen untuk Muslimah, mereka tidak mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad.
Mereka percaya Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian asalkan tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment