Monday, 2 May 2016

Isu di dalam sesebuah kekeluargaan masyarakat kini .




Fenomena semasa dan trend dalam masyarakat semakin mencabar keutuhan institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Ia secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri. Perubahan konteks dan susunan masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga. Pola dan jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks. Di Malaysia, kerapuhan & kepincangan institusi keluarga semakin bertambah & membimbangkan.

 Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat di mana setiap ahli keluarga menjalankan peranan dan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab bersama, demi untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian keluarga. Setiap ahli keluarga saling berinteraksi dan bergantung sesama sendiri dan dengan ahli masyarakat yang lain.Keluarga Asas  merupakan unit keluarga yang paling kecil dan asas. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak. Lazimnya adalah bersaiz kecil sebagai penyambung tradisi dan budaya bagi generasi akan datang

Pelbagai isu dapat dilihat dalam situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar dalam proses pembinaan sesebuah keluarga dan Negara khususnya. Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Seramai 12,300 suami ingkar membayar nafkah kepada isteri (berita Harian, 20 Mac 2010). Di dalam agama Islam suami dituntut memberi nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup isteri dan anakanak dibawah tanggungan mereka. Dalam Alquran jelas menunjukkan bahawa suami wajib memberi nafkah seperti dalam surah An-Nisa’ ayat 34, Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri telah menyerahkan dirinya untuk suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta dan isteri mengikut/tinggal ditempat/kediaman yang dipilih suami.

Di dalam kes penceraian ini terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kes ini berlaku. Antaranya ialah Tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan. Tahap kefahaman agama berhubung dengan kehidupan suami isteri kurang atau keluar dari tuntutan Islam yang sebenar (kesan kepada nilai dan personaliti). Pengurusan ekonomi rumahtangga tidak ikut lunas yang betul. Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam spt minum arak, judi, berzina dan lain-lain. Pengurusan hubungan dan komunikasi pasangan & keluarga tidak lancar. Tidak ambil berat tentang kesihatan, pendidikan, dan keperluan emosi dalam keluarga. Menghadapai masalah peribadi yang tidak boleh dikongsi bersama pasangan spt emosional, cemburu buta, mendera, & pentingkan perasaan sendiri.

 Keperluan hidup bersama orang lain (pasangannya). Individu hidup dengan orang lain untuk mendapat kegembiraan, memperolehi pertolongan, menjalinkan keakraban, berbagi keintiman seksual, mendapat pujian dan lain-lain . Masih mendapat perhatian orang lain, menguji pasaran, mudah terpikat dan tidak segan melayan orang lain.Masalah poligami juga merupakan isu yang sangat hangat diperkatakan. Boleh dikatakan keseluruhan golongan wanita tidak dapat menerima konsep poligami dalam kehidupan mereka berkeluarga. Suami yang ingin berpoligami semestinya menghadapi msaslah yang rumit untuk memenehui keperluan mereka terutamanya yang kurang berkemampu untuk berpoligami. 

Dalam konteks Islam, poligami satu keharusan seperti mana dalam Alquran menyatakan poligami satu keharusan bersyarat dalam Islam (Surah An-Nisa’ : 3). Poligami mempunyai syarat-syarat tertentu seperti kemampuan dalam soal nafkah zahir (makan minum, pakaian, kediaman) dan nafkah batin (kasih sayang & hubungan kelamin). Konsep keadilan seperti menyediakan tempat kediaman, giliran bermalam, dan giliran bermusafir.

Isu sumbang mahran juga merupakan factor penting yang mempengaruhi keruntuhan institusi keluarga. Ia ikenali juga dengan istilah inses iaitu perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian atau nasad (keturunan) dengan mangsa. Hubungan jenis antara mereka yang ada tali  persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama. Faktor yang mendorong berlakunya sumbang mahran ialah Kegagalan isteri memenuhi kehendak suami, tahap iman yang lemah, pengaruh bahan lucah, tidak menjaga batas pergaulan antara ahli keluarga, keruntuhan institusi keluarga atau perkahwinan dan pakaian tidak menutup aurat .

Isu seterusnya ialah isu anak tidak sah taraf atau anak luar nikah yang semakin bertambah berlaku dinegara ini. Anak tidak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al zina yang bermaksud anak zina atau luar nikah. Para Fuqaha’ berpendapat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah. 

Isu keibubapaan juga merupakan isu yang sangat penting dan banyak cabarannya serta perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Rata-rata hasil penyelidikan berkaitan dengan keruntuhan moral dan gejala sosial sejak tahun 1980 an hingga kini membuktikan bahawa faktor utama keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial berpunca daripada krisis keluarga. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan amanah, tugas, dan tanggungjawab masing-masing menjadi titik tolak keruntuhan institusi kekeluargaan.

Kesimpulannya ialah kaunseling keluarga sangat penting perlu diberikan penekanan dalam usaha pihak tertentu untuk menangani atau mencegah isu-isu yang berkaitan dengan keluarga dapat dikurangkan dalam masyarakat bekeluarga khususnya dan amnya pada sesebuah Negara. Memandangkan isu dan masalah keluarga telah meningkat setiap masa walaupun beberapa aktiviti dan program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi mencegah dan mengurangkan permasalahan dalam sesebuah keluarga dan sekaligus meningkatkan kualiti keluarga maka perkhidmatan kaunseling keluarga sangat penting harus diberi perhatian oleh semua pihak


No comments:

Post a Comment