Dewasa ini kedapatan pembangunan teknologi matlumat yang sangat pesat seiring dengan pembangunan masyarakat sejagat serata dunia. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari terdapat pelbagai ciptaan baru hasil dari inovasi teknologi.
Tidak dinafi kan teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Pembangunan yang sangat drastik ini dalam tempoh masa lebih kurang sejak 5 tahun yang lepas menyebabkan perubahan cara hidup kita seharian, samada dari segi kerjaya atau peribadi. Zaman sekarang kebanyakkan masyarakat lebih mementingkan telefon bimbit kerana bagi mereka ia adalah sebahagian daripada nyawa mereka sendiri .
Lihat sahaja ketika menunggu keretapi atau LRT, ketika beratur di kaunter-kaunter, ketika menunggu giliran untuk membeli makanan, hatta ketika duduk di meja makan dengan kaum keluarga dan sanak saudara sekalipun, tangan kita tidak lepas daripada memegang smartphone dan mata kita tidak lepas daripada membaca berita terbaru di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Benar, tidak semua daripada kita mengalami masalah ini namun boleh dikatakan secara umum ianya adalah panaroma yang tidak asing lagi bagi kita.
Tidak dinafi kan, perkembangan media-media sosial ini memberi banyak kebaikan kepada masyarakat, terutamanya dalam menyampaikan berita-berita terkini. Pada zaman ini, segalanya berada di hujung jari. Kita tidak lagi perlu menunggu berita Jam 8 di televisyen kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang menyiarkan berita-berita menyayat hati telah begitu pantas dapat dicapai oleh segenap lapisan manusia di media sosial. Berita berkaitan perlawanan bola sepak piala dunia baru-baru ini mencatat penggunaan terbanyak di facebook. Begitu juga penggunaan whatsapp misalnya telah dapat dikongsi bersama dalam sekelip mata bagi menyampaikan berita, gambar dan sebagainya.
Di United Kingdom, badan kerajaan seperti National Health Service (NHS) contohnya, ada menyediakan kemudahan di media-media sosial dalam mendekati para pengguna. Cara ini adalah sangat penting terutamanya dalam memberikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam melahirkan generasi yang lebih peka kesihatan ‘health conscious’ dan masyarakat yang mengambil cakna terhadap gaya hidup yang sihat. Melalui platform ini juga, NHS lebih mampu melibatkan diri dalam memahami permasalahan pengguna atau pesakit, sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk terus menambah baik perkhidmatan servis kepada orang ramai. Terdapat banyak lagi kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada penggunaan media-media sosial. Walau bagaimanapun, kesan-kesan yang kurang baik atau negatif perlu diambil perhatian yang serius supaya langkah pencegahan awal boleh diambil dalam melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan mempunyai sikap dan mentaliti yang baik
Kesan buruk yang paling ketara dalam penggunaan media sosial yang berlebihan adalah masalah ketagihan. Dengan lambakan media sosial yang berleluasa, masyarakat kini terutamanya golongan muda menjadi lebih kompulsif dalam menjebakkan diri dalam komuniti sosial di alam maya dengan berkongsi segala perkara peribadi mereka di medan sosial. Hari ini kita dapat kenal pasti berapa ramai anak muda yang lebih berminat untuk merakam dan berkongsi video di alam maya (vlogging) berkenaan aktiviti harian mereka. Ini secara tidak langsung telah melahirkan generasi yang lebih mementingkan diri sendiri dan kurang mengambil berat dan kurang sensitif dengan orang sekeliling. Mereka lebih selesa menghadap smartphone atau komputer riba melayari medan-medan sosial daripada berinteraksi dengan orang sekeliling.
Antara kesan buruk lain akibat daripada penggunaan media sosial yang berlebihan adalah masalah komunikasi yang kian membimbangkan, terutamanya di kalangan golongan muda. Apabila mereka lebih selesa berkomunikasi di alam maya, kemahiran berkomunikasi di alam realiti tidak lagi menjadi perkara penting seterusnya melahirkan masyarakat yang anti-sosial. Beberapa kajian juga menunjukkan lebih ramai individu yang memperlihatkan komunikasi yang tidak sopan di alam maya dan medan sosial. “Common sense is no longer common”. Bukan sahaja itu, cara penulisan yang tidak komprehensif hasil penggunaan bahasa ringkas dan akronim telah membantutkan cara komunikasi yang berkesan. Penggunaan emotikon yang ekstensif juga telah melahirkan golongan yang tidak lagi tahu cara mengekspresi diri yang sebenar
Hasil daripada kesan-kesan negatif di atas, kita dapati juga institusi keluarga kian runtuh di kalangan masyarakat zaman ini, tidak kira di barat atau timur. Hubungan suami isteri kian merenggang kerana suami / isteri lebih selesa menghabiskan masa dengan kawan-kawan di medan sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab masingmasing di rumah. Anak-anak remaja juga lebih suka menyendiri di dalam bilik melayari medan-medan sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan yang kononnya lebih memahami kehendak mereka, berbanding ibu bapa sendiri. Kurangnya komunikasi sesama ahli keluarga sekaligus telah menyebabkan kemusnahan institusi keluarga yang akhirnya melahirkan masyarakat yang tidak sihat dan tidak produktif.
Sememangnya, tidak dapat dinafi kan bahawa laman
web media sosial sebegini mempunyai banyak
kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung
serta membincangkan isu-isu terkini melalui facebook
misalnya, namun begitu keburukannya juga berlaku
kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Lamanlaman
media sosial sebegini juga menjadi tumpuan
para penjenayah yang mahu menjadikan remaja
misalnya sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para
remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk
menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambargambar
peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak
yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa
penjenayah-penjenayah dunia siber dan juga keburukankeburukan
lain seperti yang telah dibincangkan. Oleh itu
kita seharusnya sentiasa berwaspada. Setiap daripada
kita harus sedar terhadap tanggungjawab sosial kita
yang sebenar dan sentiasa berhati-hati menghadapai
segala bentuk cabaran dunia media sosial.

No comments:
Post a Comment