Kita semua tahu bahawa ramai remaja belasan tahun yang mempunyai putaran emosi yang tidak menentu. Satu ketika mereka kata mereka sayangkan anda dan dua minit kemudian, mereka mungkin mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak pernah anda dengar kepada anda atau kepada kawan-kawan mereka di telefon. Tidak kira jantina, remaja awal belasan tahun dan remaja belasan tahun terdorong untuk mengalami mood yang tidak menentu ini. Dalam kemuncak luahan emosi yang serius daripada anak-anak remaja anda kerana pakaian yang bersepah di lantai biliknya, anda mungkin tertanya-tanya adakah dia berkelakuan begitu kerana dia mengalami kemurungan.
Kebanyakan ibu bapa sebelum ini sering menganggap keadaan emosi yang tidak menentu dan masalah kemurungan adalah sebahagian daripada proses tumbesaran mereka. Ia adalah satu kelakuan yang normal bagi remaja dan ada di antara mereka yang berkata “apa lagi yang anda boleh jangkakan dari seorang remaja belasan tahun?”. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, banyak lagi yang boleh anda jangkakan dan yang pastinya, anda boleh berbuat lebih daripada hanya berdiri dan mengangkat bahu.
Kami tidak berniat untuk menakut-nakutkan anda, tetapi anda perlu tahu mengenai kajian statistik yang dijalankan di Amerika Syarikat mengenai perkara ini. Kira-kira 17 juta orang di Amerika Syarikat daripada semua peringkat umur mengalami masalah mental pada tahap-tahap yang berlainan setiap tahun! Dalam umur remaja, jumlah ini adalah mengejutkan iaitu setiap seorang daripada lapan kanak-kanak! Ya, ia menakutkan, tetapi bukankah kami telah memberi amaran kepada anda? Ini membuatkan kemurungan adalah satu daripada masalah kesihatan mental yang paling biasa pada setiap ketika.
Down and out
Perasaan murung hampir selalunya menjadi tidak terkawal, pada sesiapa sahaja pun. Contohnya, jika anda berasa murung mengenai wang dan anda perasan bahawa anda berasa murung, anda boleh mandi air panas dan minum segelas wain untuk menggembirakan diri anda. Tetapi pada remaja, ia lebih sukar daripada itu. Masalah mereka biasanya kelihatan terlalu besar dan terlalu sukar bagi diri mereka. Harapan dan impian mereka menjangkau lebih tinggi daripada awan dan jika mereka diberitahu bahawa mereka tidak cukup bagus untuk mencapai matlamat mereka, ini boleh membuatkan mereka berasa tidak berguna, putus asa, sedih, murung dan lumpuh emosi.
Seringkali, kemarahan adalah emosi yang menemani kemurungan. Perasaan marah boleh hilang dan muncul semula kemudian. Ia adalah sesuatu yang datang dan pergi, tetapi bagi perasaan murung, ia biasanya kekal selama beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Adalah penting bagi seseorang itu membuang perasaan ini secepat mungkin. Kadang kala, perasaan ini terlalu dalam hinggakan ia menjejaskan aspek-aspek kehidupan yang lain. Pelajaran mereka terjejas, mereka mula kehilangan kawan dan memberi kesan negatif kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa dalam kehidupan seharian mereka. Ini membuatkan hidup mereka lebih murung daripada sebelumnya, dan memburukkan lagi keadaan. Sebagai ibu bapa, kita haruslah sentiasa memerhatikan tingkah laku yang aneh ini. Jika kemurungan dibenarkan tinggal lebih lama, ia boleh diklasifikan sebagai ‘kemurungan’.
Tiga Jenis Kemurungan
Secara amnya, terdapat tiga jenis kemurungan. Satu jenis ialah yang dipanggil kemurungan major. Seorang kanak-kanak yang mengalami major depression tidak berupaya merasa keseronokan atau kebahagiaan. Dia sentiasa merasa seperti dunia ini sentiasa menentangnya. Tidak kira apa yang anda lakukan, anak anda akan terus berapa sedih dan murung. Jenis kemurungan ini kekal lama dan boleh menjejaskan kanak-kanak ini pada setiap jam setiap hari. Ini menyebabkan tinggal dengan mereka agak membimbangkan.
Satu lagi jenis kemurungan dipanggil dysthymia. Apabila seorang kanak-kanak merasa sedih dan murung dan kemudian gembira secara bertukar ganti sepanjang satu tempoh masa tertentu seperti satu tahun contohnya, anak anda mungkin mengalami dysthymia. Kebiasaannya, kemurungan jenis ini mudah diubati dan ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka merasa bahawa ada lebih lagi dalam hidup ini daripada perkara-perkara menyedihkan yang dialami mereka. Biasanya, remaja merasa bahawa masalah mereka tidak boleh diselesaikan dan mereka sentiasa berenang melawan arus. Dengan membantu mereka memahami gambaran sebenar dan memberikanmereka harapan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan mudah.
Seorang remaja yang mengalami masalah gangguan emosi yang bertukar ganti mungkin mengalami masalah Bipolar disorder. Tetapi bukankah ini kedengaran seperti remaja biasa yang lain? Perbezaannya ialah remaja yang mengalami Bipolar disorder mengalami intermittent low-energy depression, kemudian diikuti dengan uncharacteristic temper tantrums dan perlakuan ganas.
Perhatikan Diri Anda Sendiri
Jika anda merasa bahawa anak remaja anda mengalami kemurungan, pertama sekali anda harus melihat kepada keadaan mental dan sejarah emosi anda sendiri. Adakah anda juga mudah berasa murung? Sebabnya ialah kemurungan cenderung berlaku dalam keluarga. Oleh itu, jika anda pernah mengalami masalah kemurungan sebelum ini (walaupun anda telah sembuh), anak remaja anda mudah mengalami masalah ini. Walaupun jika anda tidak pernah mengalami kemurungan sepanjang hidup anda dan mempunyai sikap yang positif tentang kehidupan, periksalah ahli keluarga yang lain dan keluarga pasangan anda juga.
Terdapat banyak sebab bagi kemurungan dan adalah tanggungjawab anda untuk mengenalpasti sebab itu. Apa yang lebih penting, kami di sini untuk membantu mereka dan menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. Jika keadaan mereka tidak begitu serius, biasanya ia boleh diubati dengan menawarkan bahu untuk mereka bergantung dan pelukan mesra setiap hari. Tetapi jika anda rasa bahawa tiada apa yang anda lakukan dapat membantu anak remaja anda, jangan ragu-ragu mendapatkan bantuan profesional.
Bagaimana Mengenalpasti Kemurungan?
Pertama sekali, gunakan rasa hati anda sebagai panduan. Anda kenal anak remaja anda lebih dari orang lain dan anda adalah orang yang terbaik untuk mengenal sama ada anak anda mengalami masalah emosi. Walau bagaimanapun, untuk diagnosis yang proper, seorang yang professional adalah diperlukan untuk mengetahu lebih lanjut mengenai apa yang rasa hati anda beritahu. Ahli psikiatri itu perlu tahu sama ada:
Anak anda dapat melakukan tugas hariannya tanpa merasa murung;
Sama ada tabiat makannya telah berubah;
Sama ada anjing peliharaannya masih lagi merupakan teman setianya;
Adakah dia mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik yang serius, atau perubahan tabiat tidur;
Adakah dia kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang memberi pengaruh kurang sihat;
Mengadu mengalami penyakit yang tidak berasas;
Tahap keyakinan diri turun mendadak;
Sama ada dia sering merasa letih;
Sama ada dia merasa tidak berguna kepada rakan-rakan, keluarga dan hidupnya;
Sama ada dia pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba membunuh diri;
Adakah dia tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.
Jangan
Jika anda akhirnya telah dapat tahu mengenai kesalahan atau tabiat buruk yang cuba disembunyikan oleh anak anda, jangan cuba memburukkan keadaan dengan berpura-pura bahawa ia adalah perkara kecil. Memang benar, anda tidak mahu mereka merasa lebih teruk dengan memperbesar-besarkan perkara itu, tetapi dengan berpura-pura bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan akan hanya menghantar mesej bahawa apa yang mereka rasakan itu adalah bodoh dan hanya membuang masa anda sahaja.
Anda seharusnya meluangkan lebih masa dengan anak remaja anda, berbual-bual dan menganalisa perkara-perkara yang mengganggu fikiran mereka. Dia seharusnya dibenarkan bercakap lebih banyak dan anda sepatutnya menjadi pendengar. Jangan berpura-pura bahawa masalah ini akan hilang begitu sahaja. sedarlah bahawa ia adalah satu halangan dan beritahu dia bahawa anda sentiasa bersamanya untuk mengatasi masalah ini. Anda sendiri tidak seharusnya berasa murung. Mengetahui bahawa anak anda mengalami kemurungan boleh membuatkan anda murung, dan anda akan tertanya-tanya adakah itu silap anda. Kuatkan semangat untuknya semasa dia cuba mengenalpasti jalan penyelesaiannya. Ini bukan salah sesiapa dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beritahu dia berulang kali bahawa anda sentiasa di sisinya apabila dia memerlukan anda, dan jangan jemu berkata demikian. Jika dia tidak memperdulikan anda, teruskan memberitahunya bahawa anda bersedia membantunya. Lama-kelamaan mesej ini akan masuk juga ke kepalanya. Tetapi berhati-hatilah supaya tidak masuk campur dalam kehidupannya.
Salah satu cara menangani kemurungan ialah dengan membuatkan seseorang yang murung itu merasa bahawa perasaan mereka penting kepada orang lain, terutamanya kepada seseorang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Ini termasuklah ibu-ibu dan bapa-bapa